RMMJ & TPI
Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Taman Perbadanan Islam (TPI).
Dasar TPI diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor pada 11 Januari 2017. Pembangunan TPI memberi tumpuan kepada penyediaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) untuk golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) seperti digariskan dalam Dasar Perumahan Awam Johor.
Tanggungjawab ini diamanahkan secara khusus kepada PIJ Property atau wakil yang dilantiknya.
